NEWS

Kenaikan harga makanan ayam jejaskan aktiviti penternakan ayam

No alternative text description for this image

– SEHINGGA ke hari ini, memang terdapat peningkatan permintaan dari pasar-pasar raya yang sering dikunjungi orang ramai di negara ini.

– WALAU bagaimanapun, terdapat juga peningkatan bagi harga yang disebabkan oleh kenaikan kos harga makan ayam.

– KEBANYAKAN pekerja yang bekerja di ladang adalah pekerja asing.

– SITUASI keadaan pengambilan lesen pekerja asing, pada masa ini, mempunyai sedikit kesukaran kerana pihak syarikat akan mendaftarkan para pekerja ini terlebih dahulu ke JobCenter, bagi memohon kebenaran pengambilan pekerja asing.

– KAMI juga memohon kebenaran dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sebelum menghadapkan permohonan ke Jabatan Buruh dan banyak kertas kerja yang diperlukan untuk permohonan buruh, pada masa ini, yang sedikit sebanyak mengambil waktu yang lama dari sebelumnya.

– IA adalah satu cabaran yang agak berat sebenarnya memandangkan perubahan tatacara permohonan yang lebih banyak, berbanding dahulu, seperti yang dinyatakan, iaitu mengenai dengan permohonan yang akan dihadapkan ke JobCenter, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan kertas kerja yang disediakan juga bertambah daripada sebelumnya.

– NAMUN yang demikian, syarikatnya sangat berbesar hati dengan pertimbangan yang diberikan oleh agensi-agensi yang terlibat.

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Ihsan Ideal Marketing (B) Sdn. Bhd.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 6 Mac. – Berpandukan pada trend pengeluaran semasa, industri ayam pedaging, bagi tahun 2022 merekodkan peningkatan sebanyak 16 peratus, dengan 26,364.82 tan metrik (2020) kepada 30,587.09 tan metrik (2021).

Peningkatan ini adalah selaras dengan Visi juga Misi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) untuk terus meningkatkan keluaran juga pertumbuhan dalam industri sumber-sumber utama, bagi menyumbang pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga kepelbagaian pembangunan ekonomi, di negara ini.

Sehubungan itu, Pelita Brunei berpeluang menemu bual wakil syarikat yang membekalkan daging dan telur ayam, iaitu Pengurus Jualan dan Pemasaran, Ideal Marketing (B) Sdn. Bhd., Awang Haji Abdul Halim bin Haji Osman.

Menurutnya, daging ayam dan telur ayam Ideal dari Ideal Marketing (B) Sdn. Bhd. dibekalkan ke pasaran tempatan, seperti restoran-restoran, pasar raya-pasar raya, hotel-hotel juga kedai-kedai runcit.

Sehingga ke hari ini, katanya, memang terdapat peningkatan permintaan dari pasar-pasar raya yang sering dikunjungi orang ramai di negara ini.

Walau bagaimanapun, ujarnya, terdapat juga peningkatan bagi harga yang disebabkan oleh kenaikan kos harga makan ayam.

Menyentuh antara langkah-langkah yang diambil bagi memastikan permintaan pasar raya (retailer) ditepati, Awang Haji Abdul Halim menjelaskan, pihak syarikat, terutama sekali di bahagian penternakan sentiasa membuat perancangan awal, bagi memastikan jumlah ternakan adalah mencukupi, bagi memastikan syarikatnya dapat membekalkan pasaran tempatan.

Menyentuh mengenai isu dari aspek pemeliharaan pula, beliau menjelaskan, bahawa kenaikan harga makanan ayam memang menjejaskan aktiviti penternakan ayam, di mana kos makanan untuk ayam penelur adalah dalam 70 peratus dan untuk ayam pedaging dalam 61 peratus.

Selain itu, beliau turut menyentuh, mengenai isu buruh memandangkan aktiviti ladang memerlukan tenaga manusia yang banyak kerana pekerjaan ladang adalah pekerjaan sebagai buruh dan pekerjaan ini memerlukan ketahanan mental juga fizikal yang kuat.

”Kebanyakan pekerja yang bekerja di ladang adalah pekerja asing.

”Situasi keadaan pengambilan lesen pekerja asing, pada masa ini, mempunyai sedikit kesukaran kerana pihak syarikat akan mendaftarkan para pekerja ini terlebih dahulu ke JobCenter, bagi memohon kebenaran pengambilan pekerja asing.

”Seperti syarikat Ideal, kami juga memohon kebenaran dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sebelum menghadapkan permohonan ke Jabatan Buruh dan banyak kertas kerja yang diperlukan untuk permohonan buruh, pada masa ini, yang sedikit sebanyak mengambil waktu yang lama dari sebelumnya,” luahnya.

Jelasnya, ia adalah satu cabaran yang agak berat sebenarnya memandangkan perubahan tatacara permohonan yang lebih banyak, berbanding dahulu, seperti yang dinyatakan, iaitu mengenai dengan permohonan yang akan dihadapkan ke JobCenter, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan kertas kerja yang disediakan juga bertambah daripada sebelumnya.

Namun yang demikian, ujarnya, syarikatnya sangat berbesar hati dengan pertimbangan yang diberikan oleh agensi-agensi yang terlibat.

Akhir sekali, beliau turut menyentuh mengenai cara syarikat menangani situasi COVID-19 agar aktiviti ternakan di ladang tidak terjejas.

”Pihak syarikat telah pun menyediakan BCP yang bersesuaian dengan aktiviti penternakan, di mana setiap pekerja telah pun dibahagikan dan diasingkan, mengikut bahagian dan bidang kerja masing-masing untuk memastikan operasi akan dapat berjalan jika ada pekerja yang positif atau menjalani kuarantin,” tambahnya lagi.