NEWS

Ideal Group Lancar Logo, Laman Sesawang Baharu

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Ideal Group Holdings Sdn Bhd hari ini melancarkan logo baharu untuk enam anak syarikatnya yang diumumkan melalui laman sesawangnya.

Penukaran logo baharu berkenaan termasuklah memperbaharui kemasan bungkusan produk di seluruh negara, menyerlahkan kejayaan syarikat sebagai jenama pertama Negara Brunei Darussalam dalam industri penyembelihan selama 51 tahun.

Turut dilancarkan ialah laman web baharu untuk kemudahan pengguna dan pihak rakan kongsi berkepentingan.

Ia menawarkan pelbagai maklumat di bawah Ideal Marketing (B) Sdn Bhd bagi akses katalog produk pilihan.

Kumpulan Ideal turut menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk kemudahan pelanggan di rumah atau premis perniagaan.

Ia turut mengadakan pratonton logo baharu dan perkhidmatannya yang lain melalui platform media sosial dan laman sesawang baharu itu.