NEWS

Lima Dekad Pencapaian Terkini Ideal Group Holding Sdn. Bhd.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Julai. – Ideal Group Holdings Sdn. Bhd. telah melangkah satu kejayaan setelah lima dekad mempunyai visi yang kuat dengan menambahbaikkan logo baharu dan pelancaran digital di bawah enam buah anak syarikat mereka iaitu Ideal Multifeed Farm (Brunei) Sdn. Bhd., Ideal Hatchery (B) Sdn. Bhd., Ideal Marketing (B) Sdn. Bhd., Ideal Feed Mills Sdn. Bhd., Ideal Pharma and Constructions Sdn. Bhd. dan Ideal Food Industries Sdn. Bhd.

Pembaharuan tersebut juga merangkumi pembungkusan pek produk yang dibekalkan di seluruh negara mulai 16 Julai 2020. Pembaharuan itu menandakan kejayaan syarikat berkenaan sebagai sebuah jenama pertama di Negara Brunei Darussalam yang berkembang maju khususnya dalam industri ternakan tempatan setelah 51 tahun.

Tambahan lagi, Ideal Multifeed Farm (Brunei) Sdn. Bhd. merupakan dasar kejayaan yang saling berhubungan dengan anak-anak syarikat yang lain sehingga mampu memanifestasikan dan membuahkan perkhidmatan yang bernilai dalam masa lima dekad di mana mempengaruhi 25 tahun bagi Ideal Hatchery (B) Sdn. Bhd. dan Ideal Marketing (B) Sdn. Bhd. sehingga sekarang.